100 hari sebelum kematian:
Ini adalah  tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh  mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam  akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.  Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu  dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau  seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum  kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu  Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun  yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas  Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula  membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula  mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan  memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang  terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7  hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan  diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di  mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera  untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada  ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di  antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka  berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak  najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita  nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi  orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat  dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu  dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak  kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar  ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan  berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di  sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita  tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda  akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana  kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan  turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika  ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan  menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada  Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Kubur/liang  lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku  rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2.  Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3.  Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi  hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah  sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir,  maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur  Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.
sumber :  Tausyiahislamiyyah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.